tag:blogger.com,1999:blog-9609447883601895082024-03-19T12:50:00.901+08:00Papa ZolaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/03225632038417307778noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-960944788360189508.post-39523383210134239242013-01-04T18:50:00.000+08:002013-01-04T18:52:38.273+08:00Rafizi Ramli PKR Gagal lagi

Rafizi Ramli, satu nama yang cukup gah dengan memiliki kebolehan
mengesan sebarang bentuk penyelewengan mahupun skandal yang boleh
diklasifikasikan sebagai berskala besar dan dikategorikan sebagai isu
yang memberikan impak yang besar.

Kebolehan beliau membangkitkan sesuatu isu sehingga mampu menjatuhkan
kedudukan seorang Menteri dalam isu NFC dan isu terbaru melibatkan hasil
penyelidikan juga boleh membuatkan seorang lagi Menteri bakal
tersungkur jika kena pada gaya dan caranya.

Namun sejak kebelakangan ini kemampuan dan kebolehan Pengarah Strategi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini menghidu bau penyelewengan dan skandal
tampak semakin merosot malah mungkin sudah tidak berfungsi lagi. Semakin
banyak perkara dan isu penyelewengan begitu mudah membolosi radar
pengesan Rafizi.

Agak malang, jika pada suatu ketika Rafizi mampu bergerak jauh dengan
kemampuan melakukan kerja lebih masa dalam mendapatkan bahan bukti dalam
kes klasik NFC, Pengarah Strategi PKR ini telah mengecewakan para
peminatnya apabila lebih banyak berdiam diri berhubung dengan
penyelewengan dalam kem pembangkang.

Pemberian 'nyawa' terhadap Talam Corporation oleh Menteri Besar dan
kerajaan negeri Selangor gagal dimanfaatkan sebaiknya oleh Rafizi
sebagai 'whistleblower'. Berkemungkinan hubungan rapat beliau dengan
penasihat ekonomi RM1.00 kerajaan negeri Selangor membuatkan Rafizi
terpaksa malu alah dan berdiam diri untuk seketika.

Namun kegagalan sistem radar pengesan Rafizi menghidu isu dan skandal
pemberian tanah oleh Menteri Besar Kelantan kepada rakan dalam DAP
semakin parah lalu menimbulkan tandatanya, kemana menghilangnya
kebolehan Pengarah Strategi PKR ini dalam mengesan jejak penyelewengan
kuasa, pemantauan dan penyelidikan yang pernah dilakukannya?

itu belum lagi termasuk kes-kes penyelewengan kuasa di Pulau Pinang
yang membabitkan parti DAP, salah satu sekutu terkuat PKR dalam Pakatan
Rakyat. Rakyat pasti tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada kebolehan
'semulajadi' Rafizi menghidu bentuk penyelewengan dalam kem
pembangkang.

Sebagai seorang yang menobatkan dirinya 'whistleblower', apakah Rafizi
perlu memiliki sifat 'selective' dalam melakukan pemantauan kepada
sebarang bentuk penyelewengan kuasa dan rasuah? Atau barangkali sistem
pengesan radar Pengarah Strategi PKR hanya berfungsi untuk bentuk
penyelewengan yang melibatkan musuh politik semata-mata?

Tatkala rakyat terpegun dengan kebolehan beliau melangkau jauh untuk
melakukan kerja bagi pihak berkuasa di negara ini sehingga mampu
melontarkan dan mendedahkan dokumen dan bukti salinan akaun milik
individu lain, malah sanggup melanggar pagar larangan Akta Perbankan dan
Institusi Kewangan, 1989 (BAFIA) nyata rakyat semakin hampa dengan
kebobrokan Rafizi melindungi sebarang bentuk penyelewengan kuasa dan
rasuah dalam kem pembangkang.

Rakyat mulai mempersoalkan ketidakmampuan Pengarah Strategi PKR ini
dalam menghidu kemasukan dana dari luar yang diterima dan diakui terima
oleh NGO-NGO tempatan, yang jelas mempunyai agenda dan niat yang
tersembunyi.

Sekurang-kurangnya Rafizi boleh diangkat sebagai hero jika mampu
mengesan kemasukan dana dari luar terhadap NGO-NGO ini namun Rafizi
tidak menunjukkan keupayaan sebenar dalam isu ini dan pada ketika saat
yang diperlukan.

Begitu juga dengan kerosakan fungsi sistem radar pengesan beliau yang
membabitkan isu wang RM40 juta, melompat dari Menteri di Jabatan Perdana
Menteri kepada anaknya dan kini kepada seorang ahli perniagaan Cina
malah terus melompat kepada seorang Menteri di Sabah.

Kemana menghilangnya kebolehan luarbiasa Pengarah Strategi PKR
melakukan pemantauan serta kemampuan merekodkan video pergerakan anak
Menteri ini ketika wakil-wakil kerajaan tempatan DAP di Selangor mampu
melakukan 'skim cepat kaya' dengan helah menghantar penguatkuasa
mengugut peniaga haram malah secara tiba-tiba menjadi 'penyelamat'
dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh para peniaga
haram ini.

Reputasi beliau sebagai 'whistleblower' semakin menjadi tandatanya
malah berkemungkinan akan dipersoalkan jika masih berterusan gagal
mengesan penyelewengan kuasa dan rasuah yang membabitkan kem
pembangkang. Sudah tentu Rafizi tidak mahu bergelar 'hero kampung' jika
hanya mampu mengesan bentuk penyelewengan musuh politik namun dalam masa
yang sama menutup mata dalam soal membabitkan kem di sebelah sana.

Bagaimana Rafizi mahu diangkat sebagai calon ahli Parlimen jika
reputasi beliau yang disifatkan sebagai berat sebelah boleh dipersoalkan
rakyat?

Mungkinkah sistem pengesan radar 'whistleblower' ini hanya berfungsi
untuk mengesan musuh-musuh tertentu namun gagal berfungsi apabila
membabitkan soal rakan taulan dan sahabat handai. Perlukah Rafizi masih
mahu menobatkan dirinya sebagai whistleblower' namun dalam masa yang
sama terlalu banyak sampah sarap hanyir dibawah karpet disebelah sana.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03225632038417307778noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-960944788360189508.post-20821984678450937202012-06-03T00:04:00.001+08:002012-06-03T00:04:59.624+08:00I'm The Papa Zola

I'm The Papa Zola
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/03225632038417307778noreply@blogger.com1